Berzikir secara batin dan lahir
Jika anda berzikir kepada Allah Ta'ala dalam batinmu, sehingga yang bisa mendengar hanya dirimu saja, maka itulah yang sebaik-baiknya. Sebab Rasulullah s.a.w. pemah bersabda:
"Sebaik-baik zikir ialah yang dirahasiakan (dalam batin), dan sebaik-baik rezeki ialah yang mencukupi."
Di dalam al-Quran, Allah telah berfirman:
"Berzikirlah (ingatlah) kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan perasaan takut." (al-A'raf: 205)
Jika anda ingin berzikir dengan suara keras, tiadalah salah malah memang dituntut dan dianjurkan. Tetapi hendaklah ia disertai ikhlas semata-mata kerana Allah Ta'ala dan tidak riya'. Juga suara zikir anda itu tidak pula mengganggu orang yang sedang bersembah- yang di sebelah-menyebelah, ataupun orang yang sedang membaca al-Quran, sehingga mengelirukan mereka di dalam ibadat mereka.
No comments:
Post a Comment